Monday, April 27, 2009

Friday, April 24, 2009

Bukit Tabuh





Air terjun Chemerong Dan Gunung Berembun































Kinabalu 2006

Photobucket

Photobucket

Photobucket

CATATAN MENUJU PUNCAK
(Kinabalu, 6th to 10th April, 2006)




April 06, 2006

05:10 pg
Semua peserta selamat sampai di tempat yang dijanjikan, Flat Sri Jati, Puchong. Seperti biaser, since sumer peserta trip ni Melayu yg sangat Melayu, lewat 10 minit seperti yg dijanjikanJ

05:15 pg
Dengan bantuan Mr Alvin dan transport by SP Setia, semua peserta memulakan perjalanan ke LCC-T (bukan low class cost transit)

6:00 pg
Sampai ke LCC-T seperti yang dirancang. Mengambil masa kire-kire 45 minit perjalanan. Check in!!!!
Note: Berat beg kite sumer 38 kilogram (pe yg kite bawak banyak sangat niJ)
6:30 pg
Masing-masing beratur di departure hall. Raser cam nak naek bas mini kat Central Market plak.
7:00 pg
Berlepas ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport)!!!! Flight number: AK 5102, Aircraft: Airbus A220

9:20 pg
Menghampiri daratan di bawah bayu. Cantik sungguh lautan yg terbentang, macam nak cancel jer naik Kinabalu, jom mandi laut jer.
9:25 pg
Daratan muler kelihatan.

9:30 pg
Selamat mendarat di KKIA setelah 2 jam setengah perjalanan. Tak puas lagi terbang di awan tinggi ni sebenarnye tapi menegenangkan betapa sempitnye leg room aircraft ni, dengan yakin peserta melangkah turun.

10:05 pg
Old school giler van kiter. Tapi best, siap ader makcik co-pilot lagy. Tak luper gak Siti dan Yani. Destinasi seterusnye...... ke Wisma Merdeka. Aktiviti kat sini:
Makan tengah hari. Buat pertama kali lidah raser masakan borneo ni.
Peserta ambil peluang melengkapkan peralatan untuk mendaki.

11:05 pg
Meneruskan pejalanan ke Mersilau (bukan Matsilau). Menyaksikan sendiri Jambatan Tamparuli. Singgah juger di Pekan Nabalu dimana ader gak kedai-kedai menjual souvenir. Since sukar tuk membezakan yg mane muslim dan bukan muslim, jangan terkejut kalo terjumpa anjing di dalam gerai makan ketika untuk membeli air minuman (macam Cik As). Perjalanan di jangka antara 2 hingga 3 jam.

3:45 ptg
Selamat sampai di Mersilau. Check-in!!! Selepas barang-barang untuk dibawa naek ke gunung diasingkan, dengan berat hati barang-barang laen dibiar bawa pergi oleh pakcik van (harap tak der la barang tertinggal).
One night stay – Dormitory
4:00 ptg
Mengambil peluang menikmati keindahan di sekitar tempat penginapan sambil mengambil gambar. Kawasan sangat cantik, pokok menghijau di kiri dan kanan, udara yang sangat segar dan sejuk. Tak dapat bayangkan betapa sejuk di Puncak Kinabalu nanti. Di sini, peserta sudah pun berada 2000 meter dari paras laut.
7:00 mlm
Dinner – Di Renantera Lounge. Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Mersilau + Chinese Tea Sejuk (Sambil tengok Naruto)
8:30 mlm
Balik ke bilik dan packing for tomorrow’s jurney.
10:00 mlm
Zzzzzzzzz...........





April 7, 2006
5:45 pg
Wake up already. Sejuknye!!!!! Jangan tak caya ader peserta yang tak mandi pagi neh.......
7:00 pg
Ke Renantera Lounge sekali lagi untuk breakfast. American Breakfast.
Mendapat individual tag yang sepatutnye dapat semalam semasa check-in.
8:00 pg
Dah siap sedia di Summit Trail Entrance.
Tongkat: RM3
1 Kg: RM7.80 (kitenye beg berat 26 Kg = 11Kg + 15 kg), average RM40 perhead gak nih.
Guider/Porter: Bapa dan anak - Duis and mighty Joe (15 tahun jer umur budak nih)
8:22 pg
Perjalanan Menuju Puncak pun bemula.
8:55 pg
Selamat sampai ke pondok yg pertama, Pondok Scima, kilometer 1. Sempat gak Cik As dapat SMS yang mengatakan isteri Abang Halilnye dah selamat bersalin. “Baby Boy, masa scan dulu girl.... “Cik As kate. Track kat sini 70-80% climbing.
9:22 pg
Selamat sampai ke pondok yang ke-2, Pondok Bamboo. Kilometer 1.5. Easy jouney, track landai-landai jer......
9.33 pg
Kilometer 2
9:45 pg
Kilometer 2.5
9:55 pg
Selamat sampai ke pondok yang ke-3, Pondok Nepenthes, kilometer 3.
10.05 pg
Melaui air terjun dan juger jambatan gantung. Sempat gak bergambar ala-ala video video clip Kumpulan Boboy.
10.25 pg
3.5 kilometer

10:37 pg
Pondok ke-4, Pondok Tikilod
10:53 pg
Kilometer 4
11:25 pg
Kilometer 4.5
11:50 pg
Selamat sampai ke pondok yanag ke-5, Pondok Lompoyou. Environment kat sini pon cantik gak, betul-betul terletak atas bukit. Adernye pokok-pokok kecil yang tak berapa nak besar, pokok bonzai. Juga ambil peluang sembang-sembang dengan Ali (guider). Take a rest for a bout 25 minit gak la.
12:15 tgh hari
Perjalanan di teruskan. Buat kali pertama Aswad cramp. Stop to apply counter pain. Keep on going bro!!!!!
12:25 tgh hari
Kilometer 5. penat dah muler terasa sehingga ader yang terasa lengoh meleleh...........J
12:45 tgh hari
Kilometer 5.5. stop for a while. As plak apply counter pain. Decide next pondok stop untuk makan.
1:10 tgh hari
Selamat sampai ke pondok ke 6, Pondok Magnolia. Adanye toilet dan juger air paip. Ambil masa tuk refill air dan ke toilet. Since kawasan yg lecak dan bau yang kurang menyenangkan, hasrat untuk makan ditunda ke next stop. Cik As sempat gak mendapat panggilan dari abangnye yang tersayang.
1:25 tgh hari
Meneruskan perjalanan
1:35 tgh hari
Kilometer 6. Peserta berhenti tuk lunch.....makan biscuit jer beb!!!!
1:55 tgh hari
Meneruskan perjalan. Bleh plak Aswad kejatuhan akan Counter Painnye.
2:10 ptg
Sampai di simpang (Layang-Layang). Joe dah jauh meninggalkan kami kerana Aswad la banyak tanye soalan kat budak tuh.......J adernye project yang tergendala kat Layang-Layang tuh. Kononya nak buat electric power supply for Laban Rata. Yang lebih ngeri, Cik As ble plak bagy sumer biscuit kat Fadzli, sayang tul die kat Fadzli tuh...:p
3:10 ptg
Selamat sampai ke pondok yang ke-7, Pondok Villasah. Berlatar belakang bukit berbatu yang sangat cantik. Sempat gak berposing sekali lagi. Berpeluang menikmati keindahan selagi tidak dilitupi oleh kabus yang sentiasa datang dan pergi di tiup angin.
3:25 ptg
Meneruskan perjalanan.
3:35 ptg
Kilometer 5 (kilometer dari Timpohan Gate)
4:15 ptg
Selamat sampai ke pondok ke-8, Pondok Paka
4:22 ptg
Kilometer 5.5
4:55 ptg
Selamat sampai ke pondok ke-9, kilometer 5.9, Pondok Waras

5:05 ptg
Menuju Puncak di pertengahan perjalanan. Setelah berjalan kira-kira 8 jam 40 minit, peserta selamat sampai di Laban Rata dalam keadaan perut yg sangat lapar. Adanya orang bermaen sepak takraw sambil Joe duduk berehat ala-ala gengster kampong. Pukul 3:00 ptg budak Joe tu dah sampai, teruja tul dengar.
Check – in. Ada sedikt masalah dimana reservation hanye dibuat untuk 4 orang sahaje, bukan 5.
1 night stay: Dormitory
Membersihkan diri, mandi. Sejuk giler. Naek kebas tangan-tangan dan muker kene air neh. Part-part laen jangan citer la.
6:15 ptg
Dah macam pukul 7:00 mlm kat Semenanjung.
Dengan badan menggeletar kerana sejuk dan lapar, makanan di order. Fast food concept, order dan bayar. Buffet jer RM 30, lauk pon tak der la banyak sangat option. Peserta decide go for ala carte. Nasi kosong + tomyam + nasi goreng kampung + Milo + hot chocolate = RM32.
Hairan, macam mane orang kate bila sampai je Raban Rata makan pon tak lalu, cumer kire nak tidor je. Peserta ble je makan kat situ macam 2 ari tak makan......J
Fadzli pon sampai..........having dinner together.
7:15 mlm
Balik bilik........ buat lawak.......Zzzzzzzzz. Tak der ape yg boleh buat lagi. Sejuk sgt kat sini + penat. Kul 8:30 mlm jer lampu dah di padamkan. Heater pon tak function.






April 8, 2006
1:00 pg
Wake up!!!!! Siap-siap untuk memulakan perjalanan ke-2 menuju puncak.
1:55 pg
Kiter minum dulu.......
2:30 pg
Perjalanan pon bermula
3:15 pg
Kilometer 6.5
4:00 pg
Kilometer 7, peserta selamat mendaftar diri di Sayut-Sayut check point.
5:00 pg
Kilometer 8........another 0.5 kilometer to go!!!! Allah-Huakbar!!!!!!
5:30 pg
Yahoooooooo!!!!!! Low’s Peak dah depan mata. 100 meter jer lagi beb!!!! Ni dah macam rock climbing dah ni. Nun dipuncak dah ader group of peoples, dalam 30-40 orang. Teruja di buatnye.........
5:35 pg
Alhamdulillah...... Selamat sampai di Low’s Peak. Yahooooo lagi!!!!! But we can do nothing since Kak Ina, Aswad dan Fadli kat belakang. Kamera kat diorang. So, enjoy sun rise dan environment yg cantek sungguh nie.
5:55 pg
Kak Lina dan Aswad dah kelihatan!!!!!

6:05 pg
Diumumkan ketibaan Kak Ina dan Aswad.......Barulah agenda seterusnye diteruskan dimana peserta mengambil peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin. Boleh la di jadikan bukti kepada kawan-kawan mahupun pihak musuh yang kita dah sampai ke puncak tertinggi Kinabalu. Walopon hingus caer meleleh di hidung dalam sedar mahupun tidak sedar, sekeping demi sekeping gambar diambil.
Ketibaan Fadzli dan Duis sangat dinanti bagy menjayakan ekspedisi Menuju Puncak. Banner di bentang, gambar diambil. Mission is complete!!!!!!!!
6:55 pg
Mula melangkah untuk turun setelah berada selama sejam di puncak. Peluang ini diambil oleh peserta untuk menikmati keindahan yang mane tidak dapat dilihat semasa mendaki naik di awal pagi tadi.
Dikelilingi bukit-bukit batuan yang sangat cantik, pemandangan yang tidak mungkin dapat dilihat di tempat lain.
Perjalanan turun yang berlantaikan batu-batuan, bercerun, jauh sesayut mata memandang. Andai kata pedakian dilakukan disiang belum tentu peserta mampu untuk sampai kepuncak memandangkan cerun batuan yg sangat panjang.
9:20 pg
Selamat sampai di Laban Rata. Masing-masing dah terasa sengal-sengal di betis. Mampu ke peserta meneruskan perjalanan ke Timpohan Gate neh?
Having a light breakfast, siap-siap packing tuk turun ke Timpohan Gate.
10:45 pg
Perjalan turun sessi ke-2 bermula.
11:55 pg
Selamat sampai ke Layang-Layang. Tip-top sangat neh, laju jer peserta berjalan turun.
Sempat jugak peserta dengan porter-porter yang sedang mendaki sambil membawa barang muatan hampir 40Kg.
2:30 ptg
Alhamdulillah.......sampai di Timpohan Gate. Check out!!!!
Sebelum tu, beberapa kali peserta dipintas oleh beberapa orang porter yang tadi berselisih semasa turun.
2:45 ptg
Perjalanan di teruskan ke Kinabalu National Park.
Disana, peserta diberikan sijil penghargaan sebagai secara resminye peserta telah berjaya menawan puncak Kinabalu.
Perjalanan diteruskan sambil mencari tempat yg sesuai untuk makan tengah hari.

3:50 ptg
Sampai di Ranau!!!!
Thanks to Yani.......Jumpe gak restorant yg ble membuka selera peserta untuk makan.
Aswad tentu ader memory meehoon sup borneo nih.....J
Perjalanan diteruskan untuk ke Poring Hot Spring.
5:20 ptg
Selamat sampai ke Poring Hot Spring.
1 night stay: Dormitory.
Malam minggu neh but we have no entertainment at all. Even TV pon tak der.
Jeng....Jeng......Jeng.....Handset Kak Lina tertinggal di Laban Rata.
Peserta menganbil masa dan peluang untuk berehat sambil berendam dalam aer panas.
8:00 mlm
Went out for a dinner to the nearest restaurant.
9:30 mlm
Zzzzzzzzzzzzz.............


April 9, 2006
6:45 pg
Wake up already.....
G mandi aer panas di awal pagi.
9:00 pg
Janji dgn pakcik van tapi tak puntual orang tua neh. Peserta mengambil peluang membeli souvenir di luar Poring Hot Spring.
10:00 pg
Bergerak untuk breakfast setelah sejam menunggu pakcik van neh.
10:20 pg
Breakfast di Ranau. Masing-masing dah rindu masakan semenanjung neh. Roti telur dan teh tarik mamak menjadi santapan.
11:00 pg
Meruskan perjalanan ker Kota Kinabalu. Hati sayu meninggalkan puncak Kinabalu yang semakin sayup dari pandangan. Puncak yang meninggi membuatkan peserta masih tidak percaya yang puncak tertinggi Kinabalu telah ditawan.
Singgah di jambatan Tamparuli untuk bergambar kenangan.
1:20 tgh hari
Selamat sampai Promenede Apartment
1 nite stay: Apartment
3:00 ptg
Lunch
4:15 ptg
Shopping kat Pasar Philliphines
6:50 ptg
Sampai appartment
9:00 mlm
Went out for dinner di tepi pantai.
MU (2) vs (0) Arsenal
Kak Lina ajar main kad tuh...........
3:30 pg
Zzzzzzzzz.........
April 10, 2006
7:45 pg
Wake up already!!!!!!
9:00 pg
Shopping hari ke-2 di Pasar Philipphines
10:45 pg
Lunch

11:40 pg
Packing untuk terbang pulang. Berkotak-kotak.......J
12:48 tgh hari
Check-out
1:05 tgh hari
Arrived KKIA, check-in, 75 kilogram beg kite tu beb.....
1:55 tgh hari
Departure, 10 minit lebih awal dari jadual dan dalam keadaan hujan gerimis......good byeL
Aircraft: Airbus 727
Flight no.: AK 5107
4:10 ptg
Selamat sampai ke LCC-T, 25 minit awal dari jadual.
Stavic to Puchong RM98++
5:30 ptg
Sri Jati.................